Header Ads

  • Breaking News

    BR1M 4.0 2015 Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan

    Permohonan Br1M 4.0 2015 secara online dijangka akan dibuka pertengahan bulan Disember. Tarikh sebenar masih belum di ketahui, anda mungkin boleh melawat laman web HASIL untuk memastikan samada pendaftaran telah di buka atau belum.

    Seperti tahun-tahun yang lepas, anda boleh mendaftar sebagai pemohon baru sekiranya belum membuat permohonan sebelum ini manakala pemohon yang telah layak sebelum ini boleh mengemas kini butiran anda.

    Syarat kelayakan dan kriteria penerima Br1M 4.0
    1. Rakyat Malaysia
    2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga atau ahli dengan pendapatan RM4000 kebawah sebulan.
    3. Warga emas (berusia 60 tahun keatas) dengan pendapatan bulanan RM4000 kebawah.
    4. Seorang bujang yang berumur 21 tahun keatas dengan pendapatan bulanan RM2000 kebawah
    * Para pelajar di IPT tidak layak mendapat elaun ini kerana mereka menerima BB1M. Jumlah BB1M tetap sama iaitu RM250. 

    Permohonan BR1M 4.0 2015 

    Terdapat dua cara untuk memohon BR1M:
    1. Online. Seperti yang telah dinyatakan di atas, kita perlu menunggu untuk sistem talian hasil siap untuk mendaftar.
    2. Manual. Ini adalah untuk mereka yang ingin memohon dengan mengisi borang secara manual dan ingin mengambil elaun secara tunai.
    Borang BR1M boleh didapati di mana-mana lokasi di bawah: 

    Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri 
    Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara 
    Jabatan Pembangunan Persekutuan 
    Jabatan Kebajikan Masyarakat 
    Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

    2 comments:

    1. kalau tersalah isi macam mana..?saya isi online...ic ayah saya...maklumat,maklumat saya...saya pun pelik...perlukah saya membuat permohonan baru untuk ayah saya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. update semula di jabatan hasil..lagi baik

        Delete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad