Latest Post

Cara Format Samsung Android Phone Soft Reset Dan Hard Reset


Terdapat 2 cara untuk format (tetapan aturan kilang) talipon mudah alih seperti Galaxy Note, Galaxy S2, S3, S Advance, S Plus, Galaxy Y, Galaxy W dan lain2  gajet yang menggunakan sistem operasi Android iaitu, Soft Reset dan Hard Reset.

Perkara Yang Perlu di Pertimbangkan Sebelum Soft Reset Atau Hard Reset;
semua data yang di simpan di dalam talipon (internal memory) akan hilang sepenuhnya seperti contact name, mesej dan lain-lain. Keluarkan memory kad sebelum melakukan Soft Reset atau Hard Reset.

Soft Reset
Fungsi ini tersedia pada semua talipon, ianya sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Tetapan ini hanya berfungsi sekiranya talipon masih boleh di hidupkan (On).

Langkah;
Buka menu Tetapan ( Setting)

Buka Menu Keperibadian (Privacy)
Klik di Menu Aturan Semula Data Kilang (Factory Setting Reset)
Tick di Format Storan USB ( Format USB Storage), Ini akan format semua internal memory dan external memory(jika ada dalam hp).
Klik di button Tetapkan Semula Telefon ( Reset Phone)
Biarkan telefon anda di reset secara automatik dan akan hidup semula di tetapan asal phone.
Selesai.

Hard Reset
Fungsi ini di gunakan sekiranya talipon tidak boleh di hidupkan samada lupa kata laluan, sangkut (hang) pada logo skrin atau apa juga masalah.

Langkah;
Matikan handphone  

Tekan dan tahan kedua-dua Butang Laman Utama (Home Button) + Butang kuasa (Power On) + Butang Tinggi Suara ( Volume Up) pada masa yang sama untung 10 ke 15 saat.
Lepaskan butang tersebut apabila logo samsung/android muncul. Hp akan masuk ke menu recovery
Dalam menu pemulihan(Recovery Mode) pilih mengelap data reset kilang(Wipe Data Factory Reset)dengan butang volume dan Tekan butang kuasa (power on) untuk mengesahkan.
Pilih Yes — delete all user data.
Kemudian Pilih REBOOT SYSTEM NOW.
Biarkan hp anda berkerja secara automatik dan kembali ke tetapan kilang sepeti yang dikehendaki.
Selesai.



Print Friendly and PDF
2 Komentar untuk "Cara Format Samsung Android Phone Soft Reset Dan Hard Reset"

kalau fon jenama lain sama jga tk

kalau jenis lain dr samsung sama juga tk

 
Copyright © 2014 JERUK ANTU - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info l