Header Ads

  • Breaking News

    African Scam | Wanita Rugi RM107,350

    african scam
    WANITA RUGI RM107,350 DITIPU 'AFRICAN SCAM'
    Kuala Lumpur, 14 Nov - Walaupun sudah berkali-kali diingatkan oleh polis, seorang lagi wanita tempatan menjadi mangsa 'African Scam' dan ditipu RM107,350 wang simpanannya.

    Kes terbaru melibatkan seorang kakitangan awam berumur 40 tahun yang berkenalan dengan seorang lelaki yang menggunakan gelaran 'Aakil Muhsi' atau 'Azim' menerusi laman sosial Facebook.

    Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa, polis menahan 14 warga Nigeria berumur lingkungan 20 hingga 30-an dan seorang wanita tempatan dalam dua serbuan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang sejak Rabu lepas.

    Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata setelah berkenalan, lelaki itu berjanji akan mengahwini wanita berkenaan dan meminta dimasukkan wang ke dalam akaun miliknya.

    Pada Ogos lalu pula, lelaki berkenaan meminta lagi wang daripada wanita itu kononnya untuk digunakan bagi melepaskan wangnya berjumlah USD1 juta yang ditahan oleh Imigresen Kota Kinabalu.

    Chong memberitahu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini, mangsa kemudian memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun berasingan, melibatkan sejumlah RM107,350.

    Dalam serbuan-serbuan yang dilakukan, polis merampas tujuh kad ATM yang dikeluarkan oleh pelbagai bank, sembilan komputer riba dan 26 telefon bimbit.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang tempoh setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan.
    BERNAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad