Header Ads

  • Breaking News

    Gempa M7.3 Melanda Perairan Kota Ternate di Kepulauan Maluku

    gempa M7.3 maluku utara

    Lokasi:
    132 km NorthWest HALMAHERABARAT-MALUT, 152 km SouthEast SIAUTAGULANDANGBIARO-SULUT, 156 km NorthWest TERNATE-MALUT, 180 km NorthWest SOFIFI-MALUKUUTR, and 2364 km NorthEast JAKARTA-INDONESIA
    Kedalaman 46 kilometer.

    Tarikh dan Masa:
    15-Nov-2014 02:31:40 UTC

    JAKARTA: Gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kemungkinan ombak tsunami melanda pantai dalam jarak 300 kilometer dari pusat gegaran. Di jangka ombak tsunami setinggi 30 cm dan 1 meter melanda sebahagian Indonesia, manakala di pesisir pantai Filipina ombak tsunami setinggi 30 cm kebawah.

    Gelombang tsunami ini boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan.

    Pegawai dari Agensi Meteorologi Indonesia memberitahu, amaran awal tsunami sudah di keluarkan. Setakat ini tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad