Header Ads

  • Breaking News

    Susulan Kes Juruandam Berpakaian Wanita

    Pelbagai pihak berasa amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Nov 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
    “Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”
    Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan seksyen tersebut tidak berperlembagaan.

    Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

    Ekoran keputusan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata, perkara itu perlu diteliti semula kerana implikasi yang amat besar. Beliau menyerahkan kepada pihak Peguam Negara dan Jabatan Agama Islam untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.

    Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, " Bagi menjaga kepentingan Islam, rayuan perlu dibuat dalam masa ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan pihak berkuasa agama negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat islam"

    Video berkaitan keputusan tersebut;

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad