Latest Post

Cara Membuat Jelly Kelapa Muda


Pembuatan jeli kelapa memang amat mudah dan rasanya semua orang boleh mencubanya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sebanyak anggaran 15-20 cup (Cawan - bergantung saiz cup) boleh didapati dipasar basah atau petik kelapa dibelakang rumah sahaja.

Sediakan sebanyak 10 gm serbuk agar-agar jenis yang jernih (putih) yang boleh dibeli dikedai runcit atau pasaraya.

Sebanyak 2 cawan gula pasir diperlukan dan kalau hendak rasa lebih manis boleh dilebihkan.

Kemudian ambil sebanyak 8 cawan air kelapa (sebaiknya diambil daripada 2 biji kelapa muda) dan pastikan tidak tercemar dengan bahan kekotoran lain.

Bahan lain adalah sebanyak 8 cawan air biasa dan 2 helai daun pandan serta sedikit isi kelapa disediakan untuk proses membuat jeli kelapa.

Cara-cara membuat jeli kelapa juga mudah iaitu mula-mula kita boleh campurkan semua bahan diatas kecuali isi kelapa.

Sediakan bekas untuk memasak bahan air kelapa, serbuk agar-agar, gula, daun pandan dan air biasa tadi sehingga ia sebati dan mendidih.

Sementara menunggu air mendidih, masukkan isi kelapa dalam bekas cup kecil-kecil dengan kadar berpatutan iaitu mengikut suka hendak banyak mana. Kalau terlalu banyak pun kurang menarik dan kalau terlalu sedikit tidak puas hati makan sendiri.

Kemudian kita tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi potongan isi kelapa sehingga keparas penuh dan tutup untuk disejukkan.

Semasa membuat sukatan tadi jika kita mempunyai air kelapa agak banyak maka kita boleh kurangkan air biasa untuk menambahkan keenakan jeli kelapa kita.

Tutup rapat cup tersebut dan biarkan ia sejuk dan agar-agar tersebut akan membeku sehingga menjadi 'jeli Kelapa'.

Kita boleh makan teru begitu sahaja atau disimpan dalam peti sejuk dahulu baru dimakan.

Memang enak dan lazat sekali makan jeli kelapa yang lembut dan sejuk yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk dihidangkan sebagai makanan berkhasiat.


Jelly Kelapa Muda (versi lain)

Bahan-bahannya:
  • 18gm agar-agar tali (guna brand Adad ada gambar rusa)
  • 4 biji kelapa muda (biasanya dapat 2.5 litter air kelapa muda), isi kelapa  
  • 1 litter air (kesemua jumlah air +air kelapa kelapa muda mestilah 3.5 litter)
  • gula 250 gram (ikut manis yang disukai)
  • 3 helai daun pandan

Cara membuatnya:
  • Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga agar-agar larut
  • Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut
  • Masukkan air kelapa dan isi kelapa
  • Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan dalam peti ais.

Jelly Kelapa Muda (versi yang lain pula)

Bahan-bahan:
  • 1 PEKET AGAR-AGAR BERTALI 25 GM
  • 2 HELAI DAUN PANDAN ..dicarik dan disimpul
  • 1 1/2 ~2 CAWAN GULA PASIR....manis ikut selera sendiri...kalau ummi suka manis-manis buah gitu...
  • 3 LITER AIR BERTAPIS
  • 3 LITER AIR KELAPA...4 -5 biji kelapa muda
  • ISI KELAPA MUDA....Dibersihkan dari kulit arinya yang coklat tu..basuh dan hiris halus-halus
cara menyediakannya.

Basuh agar-agar dan masukkan kedalam periuk,masukkan air,air kelapa muda dan daun pandan yang disimpul tadi...masakkan dengan api yang sederhana besarnya...renih sampai agar-agar hancur..and than masukkan gula pasir...masakkan sehingga gula betul-betul hancur padamkan api. Tapis.

Sediakan bekas-bekas kecil dan masukkan sedikit hirisan kelapa dan tuangkan agar-agar tadi ke atasnya....buat lah sehingga habis....

Biarkan didalam suhu bilik terlebih dahulu sebelum disimpan didalam peti sejuk...boleh dapat sehingga hampir 60 ke 70


Print Friendly and PDF
1 Komentar untuk "Cara Membuat Jelly Kelapa Muda"

Sedapnye.. klau sejuk2 mmg sedap.. mohon admin beri bnyk lg resepi yg sedap2 ๐Ÿ˜

 
Copyright © 2014 JERUK ANTU - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info l