Latest Post

Semakan Nombor IMEI Dan Negara Pengeluar Telefon Pintar


Semakan Nombor IMEI Dan Negara Pengeluar Telefon Pintar
IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.

Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.

Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda melalui;

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta. Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti dan informasi untuk peranti anda.

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak nombor pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 123456019012345

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan untuk mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.
Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.

Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.

Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.

Sila Baca Cara Kenalpasti Telefon Samsung Ori Atau Klon

Print Friendly and PDF
4 Komentar untuk "Semakan Nombor IMEI Dan Negara Pengeluar Telefon Pintar"

Cara untuk mendapatkan balik handphone atau barang elektronik yg hilang/dicuri

Untuk pengguna di Malaysia, boleh semak serial number atau Phone IMEI number atau nombor siri barang elektronik di http://www.curi.my

Anda akan mendapat jawapan jika produk itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.

Anda juga boleh "blacklist" nombor imei phone atau nombor siri anda supaya sesiapa yang menjumpainya boleh menghubungi anda melalui online messaging system portal ini
.

Ini adalah servis percuma untuk semua rakyat Malaysia.

Barat der tapi lupa negara mna

 
Copyright © 2014 JERUK ANTU - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info l