Header Ads

  • Breaking News

    Susulan Kes Penyelewengan Dana Awam Polis Serbu Pejabat 1MDB

    Susulan Kes Penyelewengan Dana Awam Polis Serbu Pejabat 1MDB
    KUALA LUMPUR: Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diserbu polis pada pukul 11.30 pagi.

    Menurut laporan The Star Online, kenderaan polis dilihat berada di luar pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.

    Semalam, pasukan petugas pelbagai agensi yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1MDB berkata bahawa enam akaun berkaitannya telah dibekukan.

    Akaun berkenaan dibekukan susulan laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

    Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata polis akan menyiasat WSJ bagaimana ia menerima maklumat tentang dana itu dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Dalam artikel yang terbitkan pada Jumaat, WSJ mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun Najib.

    Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.

    Beberapa pihak dalam pada itu menggesa Najib mengambil tindakan terhadap WSJ untuk membersihkan namanya dan mempertahankan integriti kerajaan.-astroawani

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad