Header Ads

  • Breaking News

    Cara Membuat Air Soya Yang Sedap

    Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.
    Kacang soya boleh menghasilkan pelbagai produk seperti tepung soya, tauhu, tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

    Cara Mudah Membuat Air Soya Yang Sedap.

    Bahan-Bahan yang diperlukan:(untuk 2 jug)
    • 1 cawan kacang soya
    • 2 jug air
    • 5 helai daun pandan- dibelah & disimpul
    • gula secukup rasa & 1/2 sudu teh garam
    • 1blender & penapis teh (kain)
    Cara Penyediaan:
    • Basuh & rendam kacang soya 4,5 jam atau semalaman @ hingga kembang.
    • Kisar 2 senduk kacang soya bersama bersama 4 cawan air hingga halus - buat hingga habis.
    • Tapis bahan kisar degan penapis santan. Kumpulkan hampas yang masih basah dalam mangkuk besar. Buat hingga habis.
    • Tapis air soya sekali lagi menggunakan penapis teh untuk mengasingkan serdak halus.
    • Campurkan 1/2 jag air lagi ke dalam hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. Buatlah hingga hampas soya dah x keluarkan jus putih.
    • Masukkan air soya dalam periuk bersama daun pandan & garam. Masak sambil dikacau hingga mendidih (jaga2 pecah soya), biar mendidih dalam beberapa minit lalu tutup api.
    Gula boleh dicampurkan semasa memasak tadi atau boleh juga dibubuh kemudian.

    Penting - Jaga kebersihan semasa proses penyediaan. Selamat mencuba. -myresipi.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad