Header Ads

  • Breaking News

    Kren Tumbang di Masjidil Haram, 87 Terkorban 183 Cedera

    Berikutan kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram ada keluarga dan waris jemaah haji Malaysia ditanah air menyuarakan rasa risau dengan nasib ahli keluarga mereka di sana.

    Bagaimanapun menurut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim memberitahu semua ahli keluarga 10 jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan berhubung nasib saudara mereka di Makkah.

    Pihak Lembaga tabung haji sebentar tadi telah mengeluarkan secara rasmi nama-nama jemaah yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram.

    Menurut maklumat, kren runtuh akibat angin kencang serta hujan di Makkah. Media Arab melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 87 orang telah mati syahid manakala 183 cedera.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad